Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs — Membina Graduan, Melahirkan Pemimpin, Mencipta Masa Depan Negara
Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) diperkenalkan sebagai inisiatif nasional untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Diluluskan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri dan ditempatkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
Graduan ditempatkan bersama GLC, GLIC dan sektor swasta melalui latihan industri, penempatan kerjaya dan pembangunan kemahiran insaniah.
SL1M diperluas kepada syarikat penerima perolehan kerajaan melalui PP/PK 1.2 & 1.12, berkuat kuasa 1 Ogos 2017. Pelaksanaan melibatkan dua pendekatan: pematuhan PP/PK dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
SL1M dijenamakan semula sebagai PROTÉGÉ dengan struktur latihan lebih dinamik dan berimpak, mengekalkan fokus utama kepada pembangunan graduan.
PROTÉGÉ ditempatkan secara rasmi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai inisiatif nasional pembangunan bakat dan keusahawanan.
Penubuhan Unit Sekretariat PROTÉGÉ dengan dua waran perjawatan. Di bawah naungan KUSKOP, PROTÉGÉ terus berkembang melangkaui kerangka kebolehpasaran sebagai platform membentuk usahawan dan mencipta peluang pekerjaan baharu.
tetapi pada nilai yang membentuknya.
— Falsafah PROTÉGÉ